Friday, December 23, 2011

J card

Pergi j-card day setelah 4 tahun tak pegi.

Green Generation G2

Go green go campus

22-23 Disember 2011
Dewan Sultan Iskandar, UTM

Take a chance to visit our Malaysia Book of Records - The biggest painted logo on recycled egg trays.

Friday, October 7, 2011

Tempat jatuh lagi dikenang

 Di sinilah tempat lahir & tempat tinggal aku lebih dari 20 tahun.
 Ni dulu Blok B, sekarang dah bertukar jadi Blok C. Kalau time raya, round satu blok collect duit
 raya.  Huh mewah giler time tuh.


 Lorong tempat main basikal. Berapa kali jatuh kat dalam longkang tu dulu tapi selamba je.

 Inilah rumahku.

 Dan ini dapur rumah. Kecil je kan tapi ada 2 dapur. Lubang-lubang kat dinding dapur tu dulu semua ditutup supaya takde benda-benda yang tak sepatutnya masuk atau orang mengintai kita masak apa. Hehe.

Cer teka tempat apa ni?

Disediakan tangga, bukan nak turun lalu tangga tapi gelongsor ikut besi tangga. Tak pun lalu bukit tepi tu.

 Lorong di tengah rumah. Agak scary kalau malam-malam kita di hujung ni & kita tengok di hujung sana. Rupa-rupanya di belakang kita je.

 Monyet yang selalu curi makanan dalam rumah. Pantang pintu @ tingkap terbuka, pasti ada makanan yang hilang. Balang kuih raya dah banyak yang pecah dek monyet bawa lari kuih dengan balang-balang sekali. Pernah sekali anak monyet tersesat dalam rumah, habis satu keluarga monyet berkumpul depan rumah minta pulangkan anak dimonyet. ( kalau orang - diorang). Tak pasti pulak monyet dalam gambar ini adalah anak monyet yang dah besar yang dimaksudkan.

 Monyet-monyet dengan selamba bergayut di rumah-rumah. Dah namanya monyet.

 Selalu follow mak aku ke dam ni. Dulu banyak burung layang kat bawah tu.



 Batu-batu yang besar dan unik.

Batu ni macam bentuk buah epal.

 Orang-orang kat sini panggil dua batu ini batu belah batu bertangkup. Mak cite dia pernah dengar macam suara anjing tersepit kat batu ni.

Antara yang best, banyak buah-buahan kat kawasan ni, pelam, durian, manggis, rambutan, jambu, kedondong, belimbing. Memang puas gila dulu main kait je kat pokok. Kait je lah panjat pokok tak pandai. Tak payah nak beli, berbakul-bakul boleh dapat. Pada hari kejadian, hanya buah pelam yang sedang lebat membuah (ada ke perkataan ini).

Thursday, September 29, 2011

Malam Cinta Seni UTM-JOHO

Busker group


 Busker group


 Student Group


 Penyajak dari Unit Kebudayaan UTM



 Fynn Jamal